Jumaat, 16 Jun 2017

Kesan Sampingan Pengambilan Chia Seed Yang Perlu Anda Tahu

Hebat sungguh penangan chia seed ini. Tambah pula pada bulan puasa ini, ramai yang kongsi tips minum chia seeds. Malahan ada yang kata jika mengamalkannya boleh kurus. Lagilah ramai orang suka.

Namun disebabkan ikut-ikutan, ada yang mengalami kesan sampingan pengambilan chia seed. Baru lah ada yang tertanya-tanya, chia seed ini ada kesan buruk ke ?

Ada sesiapa pernah mengalami kesan sampingan akibat pengambilan chia seed ?

Antara kesan sampingan makan chia seed tanpa cara yang betul ialah :

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Selsema
Ini antara kes yang ringan. Penyelesainnya minum air secukupnya selepas itu mengurangkan kesan yang berlaku di atas.

Kes yang berat pernah terjadi ialah apabila chia seed menghalang saluran esofagus menyebabkan kesukaran bernafas.

Apa Sebenarnya Punca Berlaku Masalah Di Atas ?
Sebenarnya chia seed boleh menyerap sehingga 27 kali ganda air. Apabila chia seed dimakan tanpa direndam, ia akan menyerap air didalam badan. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti kesukaran menelan, ada kemungkinan chia seed yang telah menyerap air tadi yang telah kembang di dalam badan berkumpul dan terhalang di esofagus. Akhirnya ia menyebabkan kesukaran menelan. Hanya pegawai perubatan sahaja yang akan dapat menyelesaikan masalah ini. Jadi, jika anda telah akan chia seed dan rasa sukar untuk menelan selepas itu, sebaiknya berjumpalah dengan doktor.

Jadi apabila anda makan chia seed tanpa direndam sehingga kembang, anda akan rasa dahaga teramat sangat. Kekurangan air didalam badan itulah yang menyebabkan sakit kepala dan demam. Hal ini kerana chia seed tadi telah menyerap air didalam badan.

Cara Makan Chia Seed Yang Betul
Bagi yang ingin menikmati chia seed, chia seed sepatutnya direndam terlebih dahulu sehingga ia menyerap air sepenuhnya dan kelihatan gel disekelilingnya. Dan yang paling PENTING sukatannya jangan pula terlalu banyak. Memadai satu sudu kecil sehari sehingga badan serasi untuk menambah sukatannya.

Walaupun chia seed amat baik untuk kesihatan kerana mengandungi kalsium, fiber, protein dan Omega 3, cara pengambilan yang salah juga boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Jadi, sila beringat dan pastikan anda makan chia seed dengan cara yang betul, ya~ 

Semoga bermanfaat, sila share untuk kebaikan bersama :)

7 ulasan:

  1. Baru tahu wajib rendam dulu chia seed sebelum minum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya kak, sangat bahaya jika chia seed tak direndam

      Padam
  2. Bahaya lah pulak kalau salah cara makan. Kakda setakat ni tak pernah lagi beli chia seed ni. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe, chia seed ne selalu orang cmpur dengan esp sedap:) tapi itulah kena rendam sehingga dia kembang

      Padam
  3. Bahaya betul kalau tak rendam dulu ya. Biasa makan memang rendam dengan susu + oat waktu malam simpan dalam peti ais, esok pagi sarapan tu ja.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yaa sis, sangat bahaya. Wah! Sedap tuu chia seed + oat + susu :)

      Padam
  4. Saya dah lama amalkan sis. Berat badan maintain je jika ikut cara yg betul. Sukatan berlebihan akan menyebabkn pwnurunan berat badan mendadak.

    BalasPadam