Jumaat, 21 Julai 2017

Jangan Pandang Remeh Bila Keptuihan Berwarna Coklat & Bercampur Darah Kerana Ia Mungkin Petanda Kanser Rahim !

Kanser serviks bermula dengan sel-sel pada permukaan servik. Ia berlaku apabila sel-sel tersebut mula membesar dengan tidak terkawal hingga menyebabkan sel tersebut merebak ke tisu servik. Dari sinilah, sel-sel abnormal itu akan mula merebak ke bahagian lain seperti faraj, rahim atau usus. Keputihan yang biasa tetapi tanpa kita sedar ianya mungkin tanda awal kanser rahim.

Tanda-tanda Awal Perubahan Faraj

#1- Berlaku pendarahan pada faraj secara tidak normal
Kebanyakkan wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks mengalami pendarahan yang tidak teratur. Satu tindakan yang dapat menjejaskan pendarahan faraj yang berlaku secara teratur boleh menjadi petunjuk kanser serviks.

Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan lain, seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvis atau jangkitan pada organ-organ pelvis.

Kanser serviks mampu merebak ke tisu berdekatan. Ianya juga dapat mewujudkan kapilari baru yang tidak normal dan mudah pecah serta boleh menyebabkan pendarahan. Pendaraha itu boleh berlaku di antara tempoh haid atau selepas hubungan seks, selepas monopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik.

Pergi berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu timdakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah wujud dalam diri anda.

#2- Faraj mengeluarkan sesuatu cecair yang luarbiasa
Sedikit penjelasan kepada anda, cecair keputihan dan berbau adalah perkara biasa yang faraj anda mungkin akan keluarkan. Walau bagaimanapun, jika lelehan faraj bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap, ia boleh menjadi awal tanda jangkitan faraj, kanser pangkal rahim atau endometrium.

Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat berair atau becampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor sebelum terlambat.

Rabu, 12 Julai 2017

7 Sebab Berat Badan Sukar Turun


Masalah berat badan juga sinonim dengan punca kegemukan yang melanda tidak mengira perbezaan jantina. Ia berlaku apabila berat badan anda telah melebihi 20% berat badan ideal anda.

Secara logiknya ia berlaku disebabkan oleh jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh melebihi daripada apa yang sepatutnya. Selalunya ia akan mengakibatkan pengumpulan lemak di bahagian tertentu jika tidak melakukan sebarang output ( senaman berkala ) atau detox(buang toksin dalam badan ).

Sebelum ada ketahui 7 sebab mengapa berat badan anda sukar untuk turun, sebaiknya anda kenal pasti dahulu 3 jenis kegemukan yang telah dikategorikan.

1. Gemuk Air
2. Gemuk Angin
3. Gemuk Daging

# Gemuk Air Dan Daging

  • Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
  • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
  • Perut terasa sebu dan adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
  • Mudah mendapat sakit kepala.
# Gemuk Daging
  • Badan berasa berat dan pejal.
  • Mudah penat apabila melakukan tugas harian.
  • Proses penurunan berat badan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu & bergumpal bersama daging.
  • Proses penurunan melalui perpeluhan lebih efektif kepada orang yang gemuk daging.
Sekarang anda telah mengenali serba sedikit menegenai ciri-ciri kegemukan mengikut kelasnya. Jadi, sekarang mari kita selongkar 7 sebab punca sukar menurunkan berat badan.

7 Sebab Berat Badan Sukar Turun

1. Kurang minum air kosong

Menurut Perunding Nefrologi Dr. Tan Wee Ming, salah satu kaedah terbaik untuk menjaga buah pinggang adalah dengan meminum air yang banyak. Sukatan terbaik adalah 2-3 liter sehari. Air membantu buah pinggang berfungsi dengan sempurna malah ia dapat menurunkan berat badan secara berperingkat.

2. Tidak sarapan pagi
Makan pada waktu pagi membantu mengurangkan selera makan anda pada waktu kemuncak. Ia juga membantu mengelakkan anda dari makan secara berlebihan pada waktu tengah hari atau petang. Carilah sarapan pagi yang mempunyai kandungan protein tanpa lemak dan serat yang tinggi serta gula yang rendah. Saya cadangkan anda mengambil Esp Shaklee.

3. Tidak cukup tidur

Realitinya, anda bukan semakin kurus jika tidak cukup tidur walaupun tanpa menjamah sebarang makanan. Kesannya berat badan anda akan naik mendadak. Badan memerlukan rehat yang cukup bagi memudahkan sistem penghadaman berjalan. Tenaga atau kalori yang terkandung tidak akan dapa di cerna dengan betul dan akan menyebabkan otot bahagian badan kendur dan lembik malah berisi mengeleber. Sebaiknya tidurlah ikut jadual dan elakkan makan 2 jam sebelum tidur.

4. Metabolisme yang lambat
Untuk mempercepatkan kadar metabolisme ialah dengan tidur yang cukup, tidak stress, lakukan senaman dan makan makanan yang pedas. Ya, ramai orang tak menyangka dengan makan makanan yang pedas banyak kalori yang dapat kita bakar ! Air sejuk juga merupakan satu kaedah segera yang dapat meningkatkan metabolisme badan. Di sarankan minum air kosong bercampur ais (bukan air dalam peti ais). Cubalah anda pasti teruja !

5. Makan lewat malam

Ini adalah perkara yang sangat sukar untuk di elakkan betul ? Kebanyakkan orang selalunya mengamalkan makan lewat malam atau "ngeteh". Makanan pula penuh dengan kalori yang tinggi sepertinya roti canai contohny. Ini mengakibatkan lemak terkumpul didalam badan. Tenaga ang di ambil pada lewat malam pula tidak dibebaskan yang akan menyebabkan masalah berat badan semakin serius dan akan mengundang beberapa penyakit lain.

Apabila makanan yang dimakan pada waktu lewat malam, makanan tersebut akan bertukar menajdi lemak akibat sistem penghadaman yang tidak sempurna. Bayangkan otak dan perut anda sebenarnya perlukan rehat namun terpaksa menjalankan proses penghadaman untuk waktu yang sudah lewat.

6. Kurang bersenam ( Bakar kalori )
Faktor masa dan pekerjaan sibuk menyebabkan 90% rakyat Malaysia mengabaikan aktiviti seaman . Sebaiknya, luangkan masa 10-15 minit sehari untuk aktiviti regangan. Anda juga boleh lakukan di tempat kerja atau pejabat. Sekurang-kurangnya anda harus prihatin terhadap kesihatan jantung anda, lakukan senaman 3 kali seminggu adalah perkara terbaik. 

7. Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Bagi kebanyakkan orang yang mempunyai masalah kegemukkan atau obesiti, disarankan untuk mengamalkan gaya hidup sihat agar boleh mendapatkan berat badan yang ideal. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan diet yang betul seperti dibawah :
  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.
  • Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.
  • Kurang pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.
  • Lakukan aktivit fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu, pada kadar masa 30-40 minit.
  • Jalankan aktiviti yang banyak pergerakan.
Sekian perkongsian saya untuk mengapa berat badan sukar untuk turun :)

Luv, Jesz.

Selasa, 11 Julai 2017

Set Detox Shaklee


Terkadang apabila kita mengambil sesuatu suplemen, contohnya suplemen untuk putih kan seluruh badan, namun ia tidak berkesan. Tetapi bila lihat testimoni ramai yang berjaya, nak tahu tak kenapa anda tidak berjaya ? Itu ialah disebabkan dalam badan anda terdapat banyak toksin, makan organ dalam badan tidak dapat menyerap sepenuhya nutrien daripada suplemen yang anda amalkan. Jadi itulah sebabnya anda perlu berdetox !

Set Detox Shaklee berfungsi untuk membuang toksin berlebihan yang gagal disingkirkan oleh organ yang sudah overwork dan penat. Toksin adalah bahan beracun dari dalam badan sendiri atau faktor luaran yang tidak perlu ada pun dalam badan kita, yang hanya menunggu masa untuk merosakkan badan dan malah boleh menjadi punca pada penyakit serius seperti kanser, gout, masalah penghadaman, hati dan juga masalah kesuburan. Banyak lagi masalah sebenarnya.

Apa Yang Ada Dalam Set Detox Shaklee ?

#1 Vivix

Vivix diformulakan dengan anggur Muscadine. Anggur Muscadine adalah sejenis polifenol yang tinggi antioksida dan penambah tenaga yang sangat hebat. Semasa detox, Vivix membantu memberi tenaga pada sel untuk membaik pulih kesan toksin yang merosakkan badan dan beri tenaga untuk menyahtoksin dengan lebih efisien.

Kandungan Vivix

Selain Anggur Muscadine, Vivix mengandungi ekstrak polygonum cuspidatum, ekstrak elderberry dan ekstrak lobak ungu. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Vivix mengandungi 4 bahan aktif yang tinggi kandungan resveratrol berbanding resveratrol dari produk pasaran lain. Resveratrol sangat powerful untuk bantu kawalan pelbagai jenis penyakit.

Harga sebotol Vivix 150 ml : RM 475.

#2 Dtx Complex

Dtx Complex shaklee mengandungi milk thistle. Milk thistle ini memang sejak turun temurun digunakan secara semulajadi untuk detox hati dan terkenal sebagai TONIK HATI. Hati adalah organ utama untuk detokfikasi. Namun kalau hati suda diselaputi lemak, macam hati ayam tu, penat dia nak bekerja. Jadi Dtx Complex membantu menyingkirkan toksin dari hati dengan lebih efisien dan merangsang pertumbuhan semula hati yang rosak.

Kandungan lain Dtx Complex

Selain milk thistle, Dtx mengandungi ekstrak cendawan Reishi, schizadra, ekstrak dendalion, kunyit dan articok. Kandungan Dtx Complex Shaklee kaya dengan antioksida yang membantu rangsang pulih dan regenerasi sel hati dan bantu mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta mengeluarkan toksin dari badan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Harga sebotol Dtx Complex 90 biji : RM 155

#3 Herblax

Herblax mengandungi daun senna yang berfungsi untuk mengelakkan sembelit kerana sangat bagus untuk kesihatan usus dan lancarkan sistem pencernaan. Semasa detox program, usus yang seak dengan toksin dan bahan lain yang menyekat pergerakan usus akan cuba disingkirkan.

Kandungan Herblax

Selain daun senna, herblax juga mengandungi herba-herba terpilih untuk membantu pelawasan, elak sembelit dan meningkatkan kesihatan usus.

Harga sebotol Herblax 120 biji : RM 52.50

#4 Alfafa Complex

Daun alfafa tinggi nutrien kerana akarnya yang panjang dan dalam, dapat menyerap pelbagai mineral. Alfafa membantu melawan keasidan (asid) yang terjadi akibat toksin yang berlebihan dalam badan dan turut membantu menurunkan berat badan.

Kandungan Alfafa

Kandungan klorofil dan nutrisi dalam Alfafa Complex menjadikannya diuretik semulajadi iaitu agen penyahtoksin sejak turun temurun. Alfafa juga bantu tingkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan bau badan.

Harga Alfafa Complex Shaklee :
-Botol kecil 300 biji : RM 53.73
-Botol besar 700 biji : RM 97.50

#5 Peppermint Ginger Plus

Seperti namanya Peppermint Ginger Plus, ada daun pudina dan halia. Khasiatnya, dapat menghilangkan angin dan kembung perut.

Kandungan lain Peppermint Ginger Plus

Selain pudina dan halia, dalam Peppermint Ginger Plus juga ada jintan manis dan bunga lawang yang nyaman dan melegakn perut. Kandungan dalam suplemen ini mengurangkan angin di usus dan perut serta melancarkan proses penghadaman. Kalau orang yang sering mual dan loya pun sangat direkomenkan ambil suplemen Peppermint Ginger Plus ini.

Harga sebotol Peppermint Ginger Plus 90 biji : RM 45

Kelebihan Memilih Set Detox Shaklee


  • Semua bahan suplemen yang direkomenkan adalah bersumberkan bahan semulajadi dan terbukti sihat, berkesan dan selamat.
  • Semua suplemen adalah sesuai untuk sesiapa sahaja dan menu makan (meal plan detox shaklee) adalah sesuai untuk semua dan boleh diolah mengikut citarasa individu.
  • Sebaik sahaja anda membeli set lengkap detox ini, anda akan jadi ahli Shaklee dan diberikan bimbingan sepenuhnya sepanjang program detox.
  • Malah, anda dapat menambah pendapatan jika anda berkongsi dan menarik ramai lagi menyertai program detox ini.
Harga Set Detox Shaklee
Rm 825. Namun pembelian lengkap set Detox Shaklee melayakkan anda untuk menjadi ahli secara percuma dan jimat lebih banyak lagi, RM 1++. Hubungi saya  (0148645784 / Jesz) untuk tahu harga ahli dengan pembelian set Lengkap Detox Shaklee. 

Cod Kawasan : Salak Selatan Baru, Kuchai Lama dan Sri Petaling.
Pos : 1 Malaysia


Isnin, 10 Julai 2017

3 Jenis Detox Yang Perlu Anda Ketahui

Semalam Jesz sudah share kenapa badan kita perlu detox kan ? Tapi kalau ada yang terlepas baca entri Jesz sebelum ini, boleh baca sini "Kepentingan Detox " .

Malam harini Jesz nak kongsi pula beberapa jenis detox, sebenarnya sangat banyak jenis detox yang kita boleh buat.

Tiga Jenis Detox

#1 Detox Usus
-Pembersihan usus adalah penyahtoksifikasi badan yang paling penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan.

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil.

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaubagaimanapun, kebanyakkan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat, menurut beliau " Setiap tisu dibekalkan oleh usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. "

Disini ada beberapa suplemen yang boleh membantu anda untuk melakukan detox usus iaitu Herblax Shaklee dan Peppermint Ginger Plus.

Herblax - membantu membersihkan usus, membantu masalah sembelit teruk, membantu mengurangkan bau badan dan jerawat badan, mengempiskan perut dan buang toksin dalam badan.

Peppermint Ginger Plus - melegakan sistem penghadaman sepanjang detox. Bantu buang angin dalam perut dan usus.

#2 Detox Hati
Hati adalah merupakan "fabrik kimia" pada tubuh kita. Fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisme dan detoksifikasi dalam tubuh kita, oleh kerana itu mengurangi muatan racun yang masuk ke hati.

Hati menyaring 10 liter darah dalam satu minit. Semua makanan, minuman dan ubat-ubatan yang kita makan akan disaring terlebih dahulu oleh hati dan akan diubah menjadi sebuah bentuk yang tidak berbahaya dan boleh digunakan oleh tubuh. Sebab itulah kenapa pentingnya juga kita membuat detox hati.

Mat Salleh seringkali menggunakan Dandelion, Milk Thirstle dan sebagainya untuk membuat jus bagi pembersihan hati, manakala orang Jepun menggunakan Cendawan Reishi.

Bagaimana pula dengan anda?  Sudah jumpa sesuatu yang boleh membantu untuk detox hati ? Kalau belum disini saya mengesyorkan anda mencuba DTX Complex Shaklee.

DTX Complex - mengandung milk thirstle extract, dandelion, cendawan reishi dan schizandra chenensis yang sangat membantu fungsi hati.

#3 Detox Darah
Mesti ada yang binggung kan ? Darah pun mahu ka kena detox ? Ya, darah juga harus menjalani proses detox. Ini bertujuan untuk membuat darah bersifat lebih alkali.

Anda tahu tak ? 90% dari 17 000 penyakit disebabkan akibat toksin yang terdapat didalam darah. Detox darah merupakan hal penting daripada semua program detox.

Kebaikan detox darah ialah :

  • Meningkatkan jumlah sel darah merah dan hemoglobin
  • Meningkatkan kemasukkan oksigen lebih banyak kedalam sel
  • Mengeluarkan racun dari dalam tubuh
Suplemen yang membantu anda untuk detox darah :

Alfafa Complex - membantu detox darah dan membantu penghadaman yang baik.

Vivix - mengandungi polifenol, bahan antioksida yang tinggi untuk membantu merawat sel dan mecegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

Kelebihan Set Detox Shaklee 

  • Set detox Shaklee membantu membuang toksin seterusnya menjadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
  • Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal paln tersendiri.
  • Mengurangkan craving terhadap benada manis dan makan banyak seperi biasa walaupun sudah selesai detox 7 hari.
  • Sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan kesan perubahan yang positif.
  • Sistem penghadaman lebih baik.
  • Nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
  • Kulit lebih segar dan tidak lesu.
  • Mengembalikan berat badan yang ideal.

Jika anda berminat untuk mencuba set detox shaklee, anda boleh hubungi saya Jesz 048645784 untuk pertanyaan atau pembelian.

Luv, Jesz.

Ahad, 9 Julai 2017

Kenapa Anda Perlu Detox ?

Hai, selamat malam .. Pernah dengar perkataan detox ? Atau istilah paling mudah penyingkiran toksin dalam badan. Sebagai manusia, badan kita juga sebenarnya perlukan pembersihan, jika tidak maka itu lah yang mengundang pelbagai penyakit.

Apa Sebenarnya Detox ?
"Apasal kebalakangan ini bila masuk Facebook, perkataan detox banyak meleret kat news feed saya ne ya ? hmm"

Detox ini sebenarnya membawa maksud penyingkiran toksin, bahan kimia, logam berat dan parasit daripada terus bersarang dalam badan. Darimana pula datangnya benda-benda tu semua ? Datangnya adalah daripada persekitaran, udara yang kotor, air yang tercemar, makanan ringan, fast foods, sayura dan buah yang tidak dibasuh dengan bersih, ikan yang sudah disuntik untuk sentiasa segar dan ayam yang telah disuntik supaya cepat besar. 

Orang yang paling sihat pun sebenarnya perlukan detox untuk membuang toksin dalam badan. Detox ini umpama kita bersihkan bilik stor kita lah. Bilik stor kan banyak barang, penuh dengan habuk, kadang-kadang ada lipas dan anai-anai. Apabila kita rajin kemas bilik stor itu, barang makin kemas, habuk pun makin kurang dan lipas serta anai-anai juga tiada. Macam itu lah juga dengan usus, hati dan darah kita. Apabila kita rajin buat detox, organ-organ kita akan sihat dan sentiasa dalam kedaan yang tip top. Detox ini ibarat maintenance la untuk pastikan fungsi badan kita sentiasa dalam keadaan terbaik.

Memang betul Tuhan ciptakn badan kita sebagai manusia dengan sempurna. Badan kita boleh buang toksin dengan sendirinya melalui kulit, urin, peluh, hati dan buah pinggan. Namun zaman kita sekarang ini terlalu terdedah dengan segala bagai jenis pencemaran sampaikan badan kita pun penat  nak tapis toksin semua itu. Jadi tanggungjawab kita untuk bantu badan kita kembali ke keadaan yang tip top supaya organ-organ kita dapat bekerja dengan cekpa semula.

Jenis-jenis Detox
  • Detox Hati
  • Detox usus
  • Detox Parasit

Kalau kita tanya pakcik google tentang detox, dia akan bagi macam-macam jenis detox. Tetapi yang sebaiknya kita seharusnya membuat detox bersihkan usus terlebih dahulu kerana bila usus sihat nutrien daripada makanan akan dapat diserap dengan lebih optimum. Lagipun usus kan tempat dimana makanan yang kita makan pergi untuk diproses. Pernah tak terfikir, mengapa kita selalu sakit walaupun dah makan makanan yang berkhasiat ? Mengapa kita tak kurus-kurus walaupun dah penat-penat berdiet ? Antara jawapannya ialah usus kita berkeladak sebab itu nutrien makanan tidak dapat diserap dengan optimum. Apabila nutrien tidak cukup, itulah penyebab kita rajin sakit dan berdiet pun tak kurus-kurus.

Detox juga tingkatkan sistem imun badan kerana ia menyingkirkan bendasing yang tidak baik daripada badan, jadinya sisitem imun makin kuat la. Toksin banyak dalam badan membuatkan badan kita bekerja keras untuk memastikan kita sentiasa sihat tetapi sistem imun juga perlukan nutrien untuk memastikan mereka sentiasa kuat. Kalau nutrien tidak dapat diserap dengan jayanya, sistem imun terpaksalah guna apa yang ada untuk mempertahankan badan kita daripada diserang penyakit.

Jadi kerana itulah ramai yang asyik bercerita tentang detox, supaya orang ramai faham betapa pentingnya detox untuk diri kita. Awareness la katakan. Ingat ya bil hospital sekarang ini tinggi, kerajaan memang murah tetapi kalau terkena penyakit kronik memang perlu costly juga lah. Pencegahan perlu dibuat dari sekarang. Alahai bukannya setiap hari buat detox ni, sebulan sekali jer.

Disini saya ingin tawarkan set detox shaklee yang memang sangat best untuk buang segala toksin-toksin dalam badan anda.
Beli Fullset detox shaklee ini anda layak mendapat free membership Shaklee (Rm69.90) & Cash bonus untuk bulan depan.
Fungsi set Detox shaklee.
Bagi yang tidak mempunyai bajet yang banyak, disini saya tawarkan set detox shaklee bajet yang juga sangat baik untuk detox!

Ini adalah antara set detox yang ditawarkan oleh saya, jadi tak perlu pening kepala nak makan apa untuk detox. Jika anda berminat ingin mencuba set detox shaklee fullset atau budget, anda boleh hubungi saya 0148645784 (Jesz).

Luv, Jesz.




Sabtu, 8 Julai 2017

Makanan Yang Ibu Perlu Elakkan Semasa Menyusu Bayi

Selamat malam semua, agak lama sedikit tak menulis entri~ hehe sangat sibuk sedikit kebelakangan ini, so malam ini Jesz nak share sedikit info tentang makanan yang ibu menyusu bayi harus elakkan.

Semua tahu, ibu-ibu yang menyusu kena menjaga pemakanan, sebab setiap makanan yang ibu makan akan disalurkan kepada bayi, jadi itulah sebab utama kenapa ibu menyusu tak boleh nak makan makanan sembarangan.

Makanan Yang Ibu Perlu Elakkan Ketika Masih Menyusukan Bayi

#1 Kopi 
-Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk kedalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisien seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul akan menyebabkan bayi tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesainnya ialah dengan mengurangkan minuman yang berkafein atau elakkan terus kalau boleh, jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.

#2 Coklat
-Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuat bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika anda nampak perubahan yang positif pada bayi anda, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.

#3 Buah-buahan sitrus
-Di daam buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan Vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik.

Selain itu, anda juga boleh amalkan suplemen tambahan Vitamin C jika takut hendak makan buah sembarangan Di sini saya perkenalkan Vitamin C shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang menyusukan bayi.


#4 Alkohol
-Jika seorang ibu minum alkohol dengan banyak, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin muncul, iaitu mengantuk, lemah dan kenaikkan berat badan yang tidak normal kepada bayi anda. Manakala kesannya pada ibu pula adalah sukar mencapai "let down reflex" dimana ia sangat penting dalam penyusuan. Orang yang minum alkohol untuk merasa relaks, tetapi ada cara lain yang mungkin lebih baik daripada minum alkohol seperti minum teh kamomil atau berurut.

#5 Makanan pedas dan berempah
-Sesetengah ibu boleh makan makanan pedas berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika nada mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.

#6 Kacang
-Adakah anda atau ahli keluarga lain mempunyai alahan kepada makanan ? Anda perlu berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang ke dalam pemakanan anda. Jika anda memakan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, anda mungkn perasan simptom seperti berikut : kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.

#7 Makanan bergandum 
-Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatan bayi anda mendapat simptom berikut ; menangis tidak berhenti, atau najis berdarah ini mungkin menunjukkan bayi anda sensitif pada makanan yang mengandungi gandum. Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan yang mengandungi gandum selama 2-3 minggu. Jika simptom yang terdapat pada bayi anda mula menunjukkn tanda positif, anda mungkin boleh terus elakkan makanan yang bergandum.

#8 Produk tenusu
-Simptom alahan kepada produk tenusu (susu, yogurt, ais krim) adalah seperti berikut ; colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Jika prosuk tenusu menyebabkan anak anda mendapat simptom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu.

#9 Makanan laut / kerang
-Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadapa alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. Dalam erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan ikan, mungkin anda harus mengelakkan makan makanan laut semasa menyusukan bayi anda.

#10 Telur
-Alahan telur adalah biasa bagi kanak-kanak. Tetapi oleh kerana telur bersembunyi dalam pelbagai jenis makanan dari roti, makanan ringan, ais krim ia mungkin sukar menentukan sumbernya. Satu lagi taktik AdPintar300x250 untuk penyusuan ibu-ibu yang mengesyaki anak mereka mempunyai alahan makanan adalah untuk mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, kacang dan kerang.

Sekian perkongsian saya untuk kalian harini, semoga berguna. hihihi

Luv, Jesz.

Isnin, 3 Julai 2017

Bengkak Atau Benjolan Di Bahagian Luar Kemaluan Wanita ( Bartholin Cyst) Bahaya Atau Tidak ?

Bengkakan atau benjolan dibahagian luar kemaluan wanita atau dikenali sebagai Bartholin Cyst. Mesti ramai wanita yang pernah mengalami masalah ini, tetapi tidak tahu apa sebab berlakunya benjolan tersebut.

Secara tiba-tiba sahaja terasa ada benjolan pada bibir kemaluan, namun anda mungkn tidak perasan kerana tidak merasa sakit. Hanya ada rasa tidak selesa semasa nak duduk. Jangan risau sebenarnya benjolan ini tidak merbahaya. cuma jika ia dibiarkan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dirawat.

Bagaimana Bartholin Cyst ini terjadi ?
Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri dibahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seorang wanita terangsang nafsunya.

Lazimnya, kelenjar Bartholin yang tersumbat laluanya menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin Cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika berhubungan.

Adakah Bartholin Cyst Kanser ?
Tidak. Bartholin Cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya untuk menjadi kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun, pesakit boleh memilih sama ada untuk menjalani pmbedahan pada masa yang terdekat walaupun ia masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia besar barulah menjalani pembedahan.

Namun jika ia telah membentuk Abses Bartholin iaitu bengkak dan bernanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula berasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera. Biasanya apabila ia semakin membesar dan bernanah hanya satu jalan penyelesaian iaitu melalui pembedahan.

Rawatan Bartholin Cyst
Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan draignage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu, terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana rawatan tersebut membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

Cuma pesanan saya bagi mereka yang terasa ada benjolan atau bengkak pada bibir kemaluan disyorkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan sama ada itu Bartholin Cyst atau sebaliknya.

Langkah-langkah Penjagaan Alat Kelamin Yang Disyorkan :

  • Membersih bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak.
  • Elakkan daripada sering mengamalkan douching iaitu memasukkan jari kedalam faraj engan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit.
  • Elakkan memakai pakain dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Sekian perkongsian saya harini tentang Bartholin Cyst, semoga bermanfaat.

Untuk masalah berkaitan Cyst dan PCoS, saya sentiasa mengsyorkan pelanggan saya untuk mengambil GLA Complex Shaklee untuk mengecutkan saiz cyst. Tetapi yang penting anda perlu mandapatkan rawatan awal dengan Doktor terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya 0148645784 Jesz. Terima kasih.